Bayar RM294 juta kalau nak Pogba - Utusan Malaysia

Bayar RM294 juta kalau nak Pogba

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juventus dan Real Madrid diminta membayar 60 juta euro (RM294 juta) sekiranya mahu mendapatkan Paul Pogba dari Manchester United.

Menurut akhbar Itali, Calciomercato, United hanya bersedia melepaskan bintang tengah Perancis itu jika mendapat harga yang sesuai.

Pogba menyertai United buat kali kedua pada 2016, namun sejak tahun lalu dia beberapa kali menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford.

Ejennya, Mino Raiola memanaskan lagi keadaan apabila memberitahu media, pemain itu tidak gembira bersama United dan mencari pasukan baharu.

Semalam, Pogba, 27, mengadakan pertemuan hati ke hati dengan pengendali Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer mengenai masa depannya.

Solskjaer tidak mendedahkan butiran perbincangan atau apakah dia yakin pemain itu akan menandatangani kontrak baharu.

Sebaliknya dia hanya berkata, spekulasi tidak akan berhenti sampai bila-bila.

“Spekulasi mengenai Paul sentiasa ada.

“Kami mengadakan dialog terbuka. Apa yang kami bincangkan dan bagaimana kami melihat situasi ini, biarlah hanya kami yang tahu.

“Saya gembira dia fokus kepada permainan, bermain baik dan dia juga gembira dengan dirinya. Apa yang penting adalah melihat Paul menikmati bola sepak dengan menyarung jersi merah,” kata Solskjaer.

CRISTIANO RONALDO

Sementara itu, Cristiano Ronaldo mahu Juventus membawa pulang Pogba selepas menjual pemain tersebut kepada United pada harga 89 juta pound (RM497.64 juta), lima tahun lalu.

Menurut Calciomercato, Ronaldo memberitahu pihak pengurusan tertinggi Juventus agar cuba mendapatkan pemenang Piala Dunia 2018 itu pada pasaran perpindahan akan datang.

Kontrak Pogba di Old Trafford kini berbaki 18 bulan, dan skuad Old Lady hanya bersedia untuk membawa pulang pemain itu jika United sanggup merendahkan harganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya