Bantu kami ke Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Bantu kami ke Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika tempoh kelayakan badminton ke Sukan Olimpik hanya tinggal dua bulan untuk bermula, Goh Soon Huat-Shevon Lai amat terdesak untuk mencari penajaan bagi memburu tiket ke temasya Tokyo.

Soon Huat-Shevon yang digugurkan daripada skuad kebangsaan pada 7 Februari lalu hanya menerima bantuan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai kejohanan Terbuka Switzerland bulan depan.

Kata Shevon, 28, mereka kini menggiatkan usaha mencari sebanyak mungkin penaja bagi merealisasikan impian beraksi dalam Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

“Kalau diikutkan kami belum dapat sebarang penajaan sekarang dan masa sangat suntuk kerana aksi kelayakan hanya beberapa bulan sahaja sebelum temasya sebenar.

“Kami sangat berharap lebih banyak pihak tampil untuk membantu kami,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik bagi acara badminton akan bermula dari 25 April sebelum berakhir pada 15 Jun.

Sabtu lalu, badan badminton dunia, BWF mengumumkan tempoh kelayakan telah dipanjangkan kerana kalendar dunia terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo akan ditutup pada 15 Jun. Terbuka Singapura (1 hingga 6 Jun) akan menjadi kejohanan terakhir yang dikira untuk mata kelayakan,” kata BWF dalam satu kenyataan.

SONIIA CHEAH

Selain Soon Huat-Shevon, Soniia Cheah, Vivian Hoo, Lai Pei Jing antara pemain yang digugurkan BAM atas alasan prestasi kurang memberangsangkan, manakala Tan Kian Meng mengambil keputusan meninggalkan skuad kebangsaan untuk terus bersama Pei Jing bagi mencari slot ke Tokyo.

Pergerakan ekonomi yang agak perlahan ketika ini akibat Covid-19 dilihat menyukarkan mereka untuk mendapatkan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Soniia memberitahu, dia juga sedang menggiatkan usaha mencari penajaan meskipun sudah mengesahkan tempat beraksi dalam Terbuka Switzerland menggunakan dana yang disediakan BAM.

Katanya, buat masa sekarang dia hanya memberi tumpuan kepada latihan harian dan mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak untuk mendapatkan dana bagi dia menyertai kejohanan antarabangsa.

“Sekarang ini masih di peringkat perbincangan, belum ada sebarang pengesahan penajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya