Bahang Liga M makin terasa - Utusan Malaysia

Bahang Liga M makin terasa

JDT akan 'merasmikan' Liga Malaysia 2021 dengan menentang Kedah dalam perlawanan Sumbangsih pada 5 Mac.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dibayangi pandemik Covid-19 dan berehat hampir dua bulan, Liga Malaysia (Liga M) bakal kembali menemui peminat bulan depan apabila jadual rasmi perlawanan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Seperti musim lalu, saingan akan berlangsung tanpa penonton dan di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pertembungan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim akan ‘merasmikan’ Liga M 2021 pada 5 Mac.

Empat perlawanan Liga Super akan berlangsung pada keesokan hari dengan pertembungan dua gergasi tanah air – Selangor dan Sri Pahang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi tumpuan utama peminat.

Kedua-dua pasukan bakal bakal menyajikan corak permainan ‘ala Jerman’ apabila menggunakan sentuhan jurulatih import dari negara tersebut, Karsten Neitzel (Selangor) dan Thomas Dooley.

Turut berlangsung UiTM FC menentang Terengganu FC dan Melaka United bertemu Sabah FC, manakala Perak FC akan menerima kunjungan Petaling Jaya (PJ) City FC.

Jadual Liga Super

Dalam saingan Liga Perdana, penampilan pendatang baharu, Skuad Projek FAM-MSN yang membariskan bakat-bakat muda Malaysia menjadi tumpuan peminat.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah itu akan berdepan pasukan pembangunan, Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 6 Mac.

Penyokong The Red Warriors (TRW) juga tidak sabar untuk melihat Kelantan FC yang berwajah baharu di bawah jurulatih dari Itali menerima kunjungan Perak FC II yang sehingga kini kedudukan mereka masih tidak menentu.

Satu lagi wakil Kelantan iaitu Kelantan United  akan bertandang ke Sarawak untuk menentang Sarawak United FC.

Jadual Liga Perdana

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya