Bagi kami 5 hari pun cukup - Utusan Malaysia

Bagi kami 5 hari pun cukup

TEMPOH lima hari mencukupi untuk melengkapkan Piala Juara-Juara yang tertangguh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepak­takraw Malaysia (PSM) hanya memerlukan lima hari untuk menamatkan Piala Juara-Juara yang terpaksa ditangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu.

Naib Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, tempoh lima hari cukup untuk menghabiskan saingan peringkat kumpulan, separuh akhir dan ­final bagi perebutan kejuaraan.

Katanya, sebelum pertandi­ngan ditangguhkan, separuh perlawanan peringkat kumpulan sudah dilangsungkan melibatkan lapan pasukan dalam dua kumpulan.

Ketika ini, keba­nyakan sektor sukan sudah membuat rayuan kepada kerajaan agar dibenarkan beraksi bagi membolehkan mereka menggerakkan semula industri yang sudah lama terhenti akibat Covid-19.

Abdul Halim berkata, rayuan mengenainya sudah dipanjangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kini hanya menunggu keputusan kerajaan sama ada ia diberikan lampu hijau atau sebaliknya.

“Buat masa sekarang bola sepak dilihat hampir pasti akan diberikan kebenaran dan atas dasar itu kami meminta supaya sepak takraw diberikan ruang.

“Kami memerlukan hanya lima hari untuk menamatkan kejohanan ini.

“Lima hari ini diperlukan untuk melengkapkan semua jadual pertandingan dan menentukan juara musim ini.

“Bagi saya tiada masalah untuk meneruskan pertandingan kerana SOP (prosedur operasi standard) kami sudah cukup ketat dengan pemain hanya dibenarkan ke ­venue pertandingan dan kediaman, malah kejohanan dibuat secara tertutup tanpa penonton,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Piala Juara-Juara itu menyaksikan Johor Tigris berdepan misi mempertahankan kejuaraan apabila berada dalam Kumpulan A bersama juara Liga Sepak Takraw (STL) baharu, Kuala Lumpur Thunder dan Bomba Fighters serta Putrajaya Cyborgs.

Saingan Kumpulan B me­nyaksikan ATM Guardians diundi bersama Penang Panthers, Negeri Sembilan Antlers dan Kelantan Warriors.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya