Azizul raih ranking No.1 acara pecut - Utusan Malaysia

Azizul raih ranking No.1 acara pecut

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang berbasikal negara, Azizulhasni Awang kembali ke menguasai kedudukan No.1 dunia dalam acara pecut sekali gus menjadi pembakar semangat untuk dia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

Berdasarkan kedudukan semasa Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), Azizul yang dikenali dengan julukan The Poketrocketman mengumpul 1,600 mata untuk menguasai kedudukan teratas mengatasi Tomohiro Fukaya di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.

Sementara, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Sam Webster dari New Zealand berada di kedudukan ketiga dengan 1,390 mata manakala, Muhamad Shah Firdaus Sahrom berada di ranking ke-18 dengan 922.5 mata.

Dalam acara keirin, Azizul yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio berada di kedudukan kedua dengan
1,740 mata di belakang pelumba Colombia, Kevin Chavarro (1,790) dan juara Asia Yuta Wakimoyo ketiga, 1,715 mata.

“Ini adalah berita gembira dan sudah pasti menjadi motivasi untuk saya ke Tokyo.

“Berita ini akan menjadi inspirasi buat atlet muda negara dan saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya supaya persiapan saya berjalan lancar bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya