Azizul galas tugas 'Abang Long' - Utusan Malaysia

Azizul galas tugas ‘Abang Long’

AZIZULHASNI Awang meraih emas pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beraksi sebagai atlet paling senior dan berpengalaman dalam kontinjen Sukan Olimpik Tokyo memberi sedikit tekanan buat jaguh berbasikal, Azizulhasni Awang, namun dia bersedia menjadi ‘Abang Long’ menggalas misi membawa pulang pingat emas.

Selepas persaraan jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, pelumba berusia 33 tahun itu kini menjadi tumpuan untuk menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Pengalaman beraksi dalam tiga Sukan Olimpik sebelum ini membantu Azizulhasni mengawal diri dan menguruskan kerjaya dengan lebih baik, sekali gus cukup bersedia untuk memulakan cabaran dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.

“Tekanan itu mestilah ada, cuma kita sendiri kena pandai kawal dan uruskan supaya ia boleh membantu dalam ­prestasi dan bukan sebaliknya.

“Saya melihatnya lebih kepada tanggungjawab kepada negara dan ibu pertiwi.

“Seperti saya beritahu sebelum ini, sebenarnya semua yang beraksi dalam Olimpik ada peluang untuk menang kerana tahap tekanan dan pertandingan itu berbeza.

“Tetapi tak apalah, kerana saya paling se­nior, jadi saya pikul tanggungjawab tersebut demi negara dan bangsa,” kata pelumba pecut No. 1 dunia itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, juara keirin dunia 2017 itu mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dan atlet lain yang bertanding dalam Olimpik kali ini.

“Saya harap dalam masa berbaki beberapa bulan sahaja lagi, semua pihak memberi sokongan padu kepada saya dan rakan-rakan atlet lain bagi memastikan kelancaran persiapan kami,” ujarnya.

Azizulhasni yang diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 melakar sejarah meraih pingat gangsa pada temasya di Rio, Brazil lima tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya