Arsenal kecundang lagi - Utusan Malaysia

Arsenal kecundang lagi

PENYERANG Aston Villa, Ollie Watkins (dua dari kiri) meledak gol kemenangan pasukannya ketika menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, England hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Misi Arsenal untuk mengejar kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris semakin sukar selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut, kali ini kecundang 1-0 kepada Aston Villa sebentar tadi.

Jaringan Ollie Watkins seawal minit kedua menjadi pemusnah The Gunners dan meletakkan kelab London itu ke tangga ke-10 liga dengan hanya mengutip 31 mata daripada 22 perlawanan, sembilan mata di belakang pasukan tempat keempat, Liverpool.

Ia adalah kekalahan ke-10 buat skuad bimbingan Mikel Arteta, keputusan yang meletakkan kedudukan pengendali Arsenal itu semakin panas.

Arsenal yang tumpas 2-1 kepada Wolverhampton, Rabu lalu kini mengharungi tiga perlawanan liga tanpa kemenangan.

Bagi Villa, kemenangan ke-11 musim ini melonjakkan mereka ke tangga kelapan dengan 35 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya