KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand selepas tewas kepada pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen, sebentar tadi.
Dalam aksi yang berlangsung di Bangkok itu, Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia tewas 17-21, 15-21 kepada pemain No.2 dunia itu.
Keputusan itu menyaksikan mereka terikat dengan keputusan seri 3-3 daripada enam pertemuan.
Turut tersingkir, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying selepas tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan utama beregu campuran, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.
Gandingan Peng Soon-Liu Ying tewas 18-21, 17-21, iaitu kekalahan kedua mereka kepada pasangan Thailand itu dalam enam pertemuan.
Malaysia bagaimanapun sudah pasti akan memiliki satu wakil di pentas empat terakhir selepas dua beregunya, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan membuat perhitungan dengan satu lagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam bereu lelaki sebentar lagi.