Zidane makin tertekan Real kalah lagi - Utusan Malaysia

Zidane makin tertekan Real kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Atletico Madrid biasanya hanya menjadi ‘pengacau’ Real Madrid dan Barcelona dalam perebutan kejuaraan La Liga.

Bagaimanapun kali ini, mereka menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan selepas Real kalah mengejut 1-2 kepada Levante.

Kekalahan Los Blancos memberi tekanan hebat buat pengendali pasukan, Zinedine Zidane yang berdepan desakan dipecat, malah meninggalkan Real tujuh mata di belakang Atletico yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Zidane berada di bawah tekanan musim ini setelah beberapa keputusan buruk, dan Real kini empat perlawanan liga.

ZINEDINE ZIDANE

Legenda bola sepak Perancis itu bagaimanapun tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas kekalahan terbaharu kerana kad merah yang dilayangkan kepada Eder Militao seawal minit kesembilan menyukarkan mereka.

Real masih boleh mendahului 1-0 menerusi Marco Asensio pada minit ke-13, namun pasukan pelawat membalas menerusi dua gol babak kedua Jose Morales dan Roger Marti.

“Lupakan saja gelaran La Liga. Lupakan UCL (Liga Juara-Juara). Kita kini hanya bahan jenaka. Zidane menurunkan pemain tengah yang sama sedangkan ia tidak berfungsi, dia masih tidak faham,” tulis pengguna akaun HRT12334 di Twitter.

“Zidane membunuh pasukan ini. Ia amat memalukan untuk ditonton. Pasukan ini tiada kreativiti, keinginan, tiada semangat dan membosankan. Bola sepak yang teruk, amat mudah dijangka apa yang mereka lakukan,” kata Gus Hernandez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya