United setuju jual Pogba - Utusan Malaysia

United setuju jual Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United bersetuju menjual Paul Pogba pada musim panas ini selepas bintang tengah Perancis itu enggan menyambung kontrak baharu.

Pogba, 27, kembali kepada prestasi terbaik sejak ejennya, Mino Raiola bulan lalu sekali lagi mengesahkan pemain tengah bernilai 89 juta pound (RM489.50 juta) itu mahu meninggalkan Old Trafford.

United berhasrat melanjutkan kontraknya setahun lagi, sekali gus menyaksikan dia kekal bersama kelab sehingga 2022.

Bagaimanapun ketika pengurus, Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan prestasi Pogba dan United pula mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, mereka terpaksa menerima hakikat bakal kehilangan pemain itu hujung musim ini.

BRUNO FERNANDES

Bruno Fernandes yang muncul pemain United paling menyerlah tahun lalu yakin, Solskjaer dalam usaha untuk membentuk pasukan yang istimewa.

Real Madrid, Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG) pula dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba.

United berharap perebutan antara tiga kelab itu bakal menyaksikan nilai Pogba melonjak sekali gus meraih keuntungan apabila menjualnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya