LONDON: Sejurus selepas diumumkan sebagai pengendali baharu Chelsea hari ini, Thomas Tuchel memberi jaminan akan terus memberi kepercayaan kepada pemain muda Blues.
Bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) itu mengambil alih tempat Frank Lampard yang dipecat kelmarin, hanya 18 bulam selepas mengendalikan kelab London tersebut.
Pengurus kelahiran Jerman itu menandatangani kontrak 18 bulan dengan pilihan penyambungan setahun, dan tugasan pertamanya adalah berdepan Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok.

“Terima kasih Chelsea kerana memberi kepercayaan kepada saya dan barisan kejurulatihan saya.
“Kami menghormati hasil kerja Frank Lampard dan legasi yang ditinggalkan di Chelsea.
“Pada masa sama, saya teruja untuk memulakan tugasan bersama pasukan baharu dan bersaing dalam liga paling menarik.
“Saya bertuah dapat menjadi sebahagian daripada Chelsea. Ia sangat menakjubkan,” kata Tuchel, 47, dalam laman web rasmi Blues.
Lampard, 42, yang dipecat ekoran aksi hambar Chelsea dalam saingan liga berjaya menaikkan pemain muda dari akademi kelab.
Antara pemain yang mendapat kepercayaan di bawah bimbingannya adalah Mason Mount, Tammy Abraham, Reece James dan Billy Gilmour. – AGENSI