Tuchel bakal ganti Lampard - Utusan Malaysia

Tuchel bakal ganti Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menjadi calon pengurus baharu Chelsea selepas pemecatan Frank Lampard.

Lampard, 42, dipecat hari ini, kurang 24 jam selepas menyingkirkan Luton Town pada pusingan keempat Piala FA.

Keputusan Chelsea dibuat ekoran prestasi hambar pasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

“Ini keputusan yang amat sukar buat kelab kerana secara peribadi, saya mempunyai hubungan baik dengan Frank dan sangat menghormatinya,” kata pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Chelsea kinj menghuni tangga kesembilan liga, 11 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Kelab London itu kalah dalam lima daripada lapan perlawanan terakhir liga biarpun memulakan kempen dengan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya