TMJ tuju kepada siapa? - Utusan Malaysia

TMJ tuju kepada siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas pemilik kelab yang hanya pandai bercakap sedangkan masih belum menyumbang kepada bola sepak negara.

Kenyataan tersebut dikongsikan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam Instagram miliknya hari ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, individu tersebut sepatutnya fokus untuk memajukan pasukannya sendiri sebelum menyentuh tentang skuad kebangsaan.

“Orang yang ada jawatan dan baru jadi pemilik ini semua pandai bercakap. Tetapi seorang pun tak beri apa-apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak.

“Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan. Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak.

“Nak tegur pasal issue kelab ke atau gaji ke boleh. Tetapi nak tegur pasal ranking kena faham process dan system ranking dahulu.

“Nak memajukan bola sepak dan national team (skuad kebangsaan)? Simple, focus on your club. Club membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun, maka makin tinggi ranking national team.

Now duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini,” katanya.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak menyatakan kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya