Terima kasih Kak Shalin - Utusan Malaysia

Terima kasih Kak Shalin

SHALIN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persaraan ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia, Shalin Zulkifli kelmarin mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan seperjuangannya.

Rata-rata menerima berita itu dengan penuh emosi kerana Shalin, 43, yang mesra disapa Kak Shalin’ menjadi inspirasi buat pemain generasi muda.

Bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang bersara pada September tahun lalu mengucapkan selamat maju jaya kepada idolanya itu.

“Selamat bersara Akak ­(Shalin). Terima kasih dengan apa yang telah anda lakukan buat sukan boling Malaysia, sudah tiba masa Akak berehat selepas 28 tahun menabur bakti buat negara.

“Saya gembira dapat bersama Akak dalam satu pasukan ketika memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia, Sukan Asia, Sukan SEA dan Kejuaraan Asia. Terima kasih dengan segal tunjuk ajar yang diberikan kepada Fah awal-awal bermain boling,” tulisnya dalam Instagram.

SHALIN Zulkifli (duduk tengah) bersama rakan-rakan skuad kebangsaan.

Sementara itu, juara dunia, Muhammad Rafiq Ismail menyifatkan Shalin sebagai seorang kakak kepada semua pemain boling negara.

“Anda seorang kakak, bukan hanya untuk saya tetapi semua pemain boling negara. Anda telah melakukan banyak perkara untuk negara dan sangat berbangga memanggil anda Ratu boling negara.

“Pasti akan dirindui dan sudah pasti menjadi inspirasi buat semua pemain boling, selamat bersara,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok mengesahkan Shalin telah menyerahkan surat persaraan menerusi ketua jurulatih kebangsaan ­Holloway Cheah.

Karier Shalin dalam bo­ling amat luar biasa de­ngan mengumpul 74 pingat di peringkat senior, selain dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan lima kali (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002).

Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya