Terengganu FC II sasar 5 terbaik - Utusan Malaysia

Terengganu FC II sasar 5 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pasukan Liga Perdana, Terengganu FC II menyasarkan kedudukan lima teratas di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu, Badrul Afzan Razali.

Badrul Afzan berkata, persediaan ketika ini berjalan lancar dengan barisan lengkap termasuk tiga pemain import.

Katanya, walaupun beraksi hanya dengan tiga pemain import, namun beliau memberi jaminan Terengganu FC II akan memberi persembahan terbaik dan mengekalkan momentum daripada musim lalu.

“Tiga pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Sarawak dan Negeri Sembilan bakal memberikan cabaran lebih sengit kali ini.

“Sasaran kita untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan lima teratas dalam liga.

“Jika dapat tiga teratas, itu adalah bonus manakala untuk Piala Cabaran, saya impikan Terengganu FC II ke final,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini semalam.

Terengganu FC II mengekalkan penjaring terbanyaknya dengan tujuh gol, Jordan Mintah di samping bek tengah, Argzim Redzovic.

Dalam perkembangan sama, Badrul Afzan berharap, bekas tonggak Kelantan, Masaki Watanabe, 34, dapat memberi impak positif sebagai pemain berpengalaman di posisi tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya