'Tak payah tutup MSN, ISN' - Utusan Malaysia

‘Tak payah tutup MSN, ISN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bukan pilihan terbaik untuk menutup Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kompleks Sukan Negara secara menyeluruh selepas wabak Covid-19 menyerang ‘arena’ tersebut, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, penutupan tersebut tidak penting, sebaliknya kawalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak lebih mustahak dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

AHMAD SHAPAWI ISMAIL

Katanya, jika penutupan itu dilaksanakan, beliau khuatir ia mampu menjejaskan prestasi atlet pada masa akan datang.

“Kita perlu terima hakikat dan kena hidup dalam keadaan jangkitan Covid-19 kerena ‘mereka’ berada di mana-mana.

“Kita harus pastikan atlet kita bersedia dengan adanya kem latihan seperti ini yang boleh membantu mereka.

“Buat masa ini sehingga kita mendapat arahan atau  panduan selanjutnya daripada pihak berwajib mengenai perkembangan luar, kita akan teruskan operasi di MSN,” katanya kepada pemberita susulan lima pegawai MSN disahkan positif Covid-19.

Isnin lalu, MSN mengesahkan tujuh atlet dan seorang pegawai sukan dijangkiti wabak tersebut sebelum memulakan kem latihan berpusat, disusuli lima lagi kakitangan mereka didapati positif ujian Covid-19, kelmarin

Susulan daripada itu, MSN mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di mana kem latihan berpusat di MSN akan diteruskan secara quarantine based selama dua minggu pertama, dengan atlet serta jurulatih tidak dibenarkan keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya