'Tak mengapa Real tersingkir' - Utusan Malaysia

‘Tak mengapa Real tersingkir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Harapan Real Madrid untuk berentap dengan Barcelona dalam final Piala Super Sepanyol berkecai apabila dikejutkan 1-2 oleh Athletic Bilbao dalam aksi di Malaga hari ini.

Dua jaringan Raul Garcia, satu menerusi sepakan penalti di separuh masa pertama memastikan kemaraan Bilbao, manakala kebangkitan yang cuba dilakukan oleh Real menerusi Karim Benzema pada minit ke-74 sudah terlewat.

Bilbao yang tumpas 3-2 kepada Barca dalam aksi La Liga minggu lalu berpeluang membalas dendam apabila berdepan anak-anak buah Ronald Koeman sekali lagi, Ahad ini (4 pagi Isnin waktu Malaysia)

“Kami hanya dipisahkan dengan 90 minit untuk memenangi gelaran.

“Ia sesuatu yang menakjubkan berjaya mengalahkan Real dan mara ke final tapi keadaan akan lebih hebat kalau kami dapat kalahkan Barcelona,” kata pengurus Bilbao, Marcelino Garcia Toral.

Pengendali Real, Zinedine Zidane bagaimanapu tidak terlalu kecewa dengan kekalahan itu.

“Ia bukanlah kegagalan kerana anda tidak boleh menang setiap perlawanan,” katanya.

Pertemuan Bilbao dan Barcelona ibarat ulangan final Piala Super 2015, yang menyaksikan Barcelona menang secara agregat 5-1.

Kejohanan kali ini dipindahkan ke selatan Sepanyol ekoran pandemik Covid-19 selepas berlangsung di Arab Saudi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya