Suarez inspirasi Atletico Madrid - Utusan Malaysia

Suarez inspirasi Atletico Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Dua gol Luis Suarez mengetuai kebangkitan Atletico Madrid dan mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu La Liga selepas mengalahkan Eibar 2-1 hari ini.

Penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic terdahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-12 menerusi sepakan penalti.

Suarez bagaimanapun menjadi inspirasi kebangkitan pasukannya dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-40.

Ketika permainan berbaki seminit untuk tamat, penyerang Uruguay itu muncul wira Atletico apabila menyempurnakan penalti kemenangan.

Satu lagi kemenangan lewat permainan membolehkan Atletico menerajui liga dengan tujuh mata mengatasi pencabar rapat, Real Madrid dan 10 mata di depan pasukan tangga ketiga, Barcelona.

Suarez kini menyertai Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak liga musim ini dengan 11 gol.

“Dia sentiasa bermain dengan bijak. Suarez amat menakjubkan dan kami gembira memilikinya dalam pasukan,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya