Shalin 'terbang' ke sirkit profesional AS - Utusan Malaysia

Shalin ‘terbang’ ke sirkit profesional AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Shalin Zulkifli mungkin bersara daripada skuad kebangsaan, namun bukan sukan boling yang amat dekat di hatinya kerana dia bakal bergerak secara profesional.

Ratu boling negara itu kini merangka persiapan bagi menyertai sirkit boling profesional Amerika Syarikat (AS) yang bermula dari April hingga Ogos 2021.

“Saya akan tetap aktif sebagai pemain boling dan bergerak secara profesional.

“Saya sudah menang Sukan SEA, Sukan Asia tapi sirkit profesional tak capai lagi.

“Sebab itulah, saya go all out untuk mencapainya tahun ini kerana tidak tahu berapa lama lagi mampu beraksi,” katanya dalam sidang akhbar khas semalam.

Kata Shalin, sirkit profesional berbeza dengan kejohanan lain kerana memerlukan atlet mengurus sendiri segala persiapan.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menyertai sirkit tersebut kerana saya antara atlet boling negara terawal menyertainya.

“Lagi pun sejak kecil, saya selalu tengok yang menang sirkit ini ‘mat saleh,’ tapi sekarang atlet kita pun dah ada yang menang dan harap saya dapat ikut jejak mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya