Semangat Farizal makin membara - Utusan Malaysia

Semangat Farizal makin membara

FARIZAL MARLIAS bakal turun dengan motivasi tinggi selepas memastikan gawangnya tidak dibolosi dalam dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Kedah, tempoh hari.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Farizal Marlias menyifatkan gelaran Penjaga Gol Terbaik yang diraihnya buat kali kelima akan menyuntuk motivasi untuk musim 2021 dengan lebih gemilang.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meraih pengiktirafan tersebut pada 2009, 2015, 2018, 2019 termasuk 2020 berkata, musim lalu memberi banyak pengajaran dan cabaran kepada semua pasukan susulan pandemik Covid-19.

Justeru, menerusi anugerah tersebut, pemain berusia 34 tahun itu mengakui ia mampu memberi sinar baru untuknya beraksi dengan lebih cemerlang pada musim depan.

“Melalui pemberian anugerah ini, saya percaya ia akan meningkatkan lagi prestasi saya pada musim depan dan musim-musim akan datang.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga, isteri, anak-anak, ibu bapa, rakan serta rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan juga pihak pengurusan pasukan.

“Semestinya tidak dilupakan juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa di belakang saya malah yang sentiasa memberikan aura-aura positif kepada kami semua,” ujar Farizal.

Seperti dijangka, JDT mendominasi majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2020 itu apabila membolot lima daripada enam anugerah utama.

Selain Farizal, tiga lagi rakan sepasukan turut meraih gelaran iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak (Pertahanan Terbaik), Safawi Rasid (Pemain Tengah Terbaik) dan Benjamin Mora (Jurulatih Terbaik), di samping skuad Harimau Selatan (Pasukan Terbaik).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya