'Saya takkan menangis macam budak 5 tahun' - Utusan Malaysia

‘Saya takkan menangis macam budak 5 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp berkata, dia tidak akan ‘menangis seperti budak lima tahun’ jika Liverpool gagal mendapat pertahanan tengah yang dimahukan dalam baki 10 hari terakhir pasaran perpindahan Januari.

Klopp yang menggandingkan pemain tengah, Fabinho dan Jordan Henderson di benteng bercadang mencari pemain yang dapat mengisi ketiadaan Virgil van Dijk dan Joe Gomez, selain Joel Matip yang kerap cedera.

Bagaimanapun kewangan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 membataskan kuasa membeli Reds, dan Klopp berkata, dia tidak akan ‘mengamuk’ seperti kanak-kanak sebaliknya perlu memikirkan alternatif lain.

Liverpool yang mengungguli Liga Perdana Inggeris pada awal musim kini merudum ke kedudukan keempat selepas mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan.

Juara bertahan itu kini enam mata di belakang pendahulu, Manchester United dan tewas di Anfield dalam aksi liga buat kali pertama sejak 2017 ketika kalah 0-1 kepada Burnley semalam.

“Saya bukan lagi budak lima tahun, apabila tidak dapat apa yang dimahukan, saya mula menangis.

“Sebahagian besar dalam hidup, saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Mungkin kita semua sudah biasa dengan keadaan itu.

“Saya bertanggungjawab dalam sebahagian besar kelab ini tapi ada orang lain yang bertanggungjawab terhadap semua perkara.

“Saya tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mereka. Saya tahu mereka bersama kami dan mahu menyokong. Mereka juga cuba melakukan apa yang boleh.

“Pertahanan tengah akan membantu 100 peratus. Bolehkah kami menjaringkan lebih banyak gol dengan pertahanan tengah? Saya tidak pasti. Bolehkah ia memberikan kestabilan dalam tempoh tertentu? Mungkin benar,” kata pengendali Liverpool itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya