Saya tak pernah kira penalti Liverpool - Utusan Malaysia

Saya tak pernah kira penalti Liverpool

JURGEN Klopp (kanan) dan Ole Gunnar Solskjaer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer membidas Jurgen Klopp kerana mempertikaikan rekod penalti dimiliki Manchester United, seolah-olah mereka mempengaruhi keputusan pengadil Liga Perdana Inggeris.

Kata pengurus Red Devils itu, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menukar fakta bahawa pemainnya juga lebih kerap dikasari oleh lawan.

United dihadiahkan 42 sepakan penalti (semua kejohanan) sejak Solskjaer mengambil alih kelab itu pada Disember 2018.

Liverpool pula mendapat 46 penalti keseluruhan dalam tempoh hampir enam tahun Klopp tiba di Anfield pada 2015.

“Ia adalah fakta kami mendapat lebih daripada mereka, itu jawapan saya.

“Saya tak tahu berapa banyak sepakan penalti mereka dapat dan saya tak kira pula  jumlahnya.

“Kalau mereka (Liverpool) mahu menghabiskan masa dengan memikirkan setiap kali kami dikasari dalam kotak penalti, saya tidak akan berbuat perkara yang sama,” kata Solskjaer.

Klopp mempertikaikan jumlah penalti yang banyak diberikan kepada United selepas juara bertahan itu dinafikan dua penalti ketika tewas 1-0 kepada Southampton semalam.

Klopp mendakwa United mendapat lebih penalti dalam masa hanya dua tahun sejak dikendalikan Solskjaer berbanding Liverpool yang dikendalikan sepanjang lima setengah tahun.

United dihadiahkan enam penalti dalam liga musim ini berbanding lima diperolehi skuad Reds.

Komen Klopp membuatkan Solskjaer ‘panas telinga’ dengan skuadnya akan menentang pendahulu itu dalam aksi getir pada 17 Januari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN