Salah 'ikrar' setia dengan Liverpool - Utusan Malaysia

Salah ‘ikrar’ setia dengan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah berkata, dia mahu berada di Anfield selama mampu biarpun sedar pintu Real Madrid dan Barcelona sedia terbuka untuknya pada penghujung musim ini.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu kini berbaki dua tahun, bermakna jika Liverpool menjualnya sekarang, mereka berupaya memperoleh bayaran lumayan, sekali gus boleh merancang strategi baharu pada musim akan datang.

Bagaimanapun Salah menolak untuk berhijrah ke La Liga baru-baru ini sambil menegaskan dia mahu kekal bersama Liverpool, namun ia terpulang kepada keputusan kelab.

“Saya tidak tahu (apabila dikaitkan ingin berpindah). Jika ditanya, saya ingin berada di sini selama mungkin, namun seperti saya katakan sebelum ini, keputusan di tangan kelab.

“Saya akan memberikan 100 peratus biarpun pada minit terakhir bersama Liverpool. Saya juga mahu memenangi trofi sebanyak mungkin.

“Saya mahu memberikan 100 peratus kepada semua orang, yang sentiasa menyayangi saya,” kata Salah yang menjaringkan 17 gol daripada 26 perlawanan dalam kesemua pertandingan musim ini.

Pemain kebangsaan Mesir itu berkata demikian dalam satu temubual bersama salah satu saluran televisyen di Norway, TV2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya