Reds serius buru khidmat Mbappe - Utusan Malaysia

Reds serius buru khidmat Mbappe

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp serius untuk mendapatkan bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe ke Anfield dalam masa terdekat.

Bekas rakan sepasukannya ketika di Monaco, Fabinho turut menyokong usaha Reds membawa masuk pemain sayap berusia 22 tahun itu dari ­Paris Saint-Germain (PSG).

Memandang kontrak Mbappe hanya akan berakhir pada 2022, Liverpool perlu membayar harga tinggi jika mahukan khidmatnya dalam masa terdekat, apatah lagi Mbappe turut diminati kelab kaya Sepanyol, Real Madrid.

Menurut Sky Sports, Mbappe belum memberi persetujuan untuk me­nyambung kontrak dan tidak menolak perpindahan ke pasukan lain.

Bercakap kepada portal sukan Telefoot baru-baru ini, pemenang Piala Dunia 2018 Perancis itu memberitahu, dia enggan menandatangani kontrak sekarang kerana itu akan mengikatnya di PSG dalam jangka panjang.

“Ya kami ada berunding tapi kalau saya turunkan tanda ta­ngan sekarang, saya meletakkan diri dalam komitmen jangka panjang bersama PSG.

“Saya gembira di sini, peminat sentiasa di belakang saya. Cuma, saya perlu memikirkan apa yang saya mahu dalam tempoh beberapa tahun akan datang, di mana saya mahu berada.

“Saya akan buat keputusan tidak lama lagi,” kata­nya.

Klopp melihat Mbappe sebagai calon pemenang Ballon d’Or yang mampu memberi impak jika menyertai Reds.

Menurut Canal+ dalam program Late Football Show, Klopp berharap Fabinho dapat me­yakinkan Mbappe untuk menyertai projek baharu mereka.

Begitupun harga yang perlu dibayar tidak murah kerana bintang Perancis itu dianggarkan bernilai 162 juta pound (RM915 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya