Pochettino positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pochettino positif Covid-19

Mauricio Pochettino
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mauricio Pochettino disahkan positif Covid-19 hanya dua minggu selepas dilantik sebagai pengurus Paris Saint-Germain (PSG).

Jurulatih kelahiran Argentina itu akan menjalani kuarantin dan mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan, menurut PSG di Twitter sebentar tadi.

Dua pembantu jurulatih, Jesus Perez dan Miguel D’Agostino akan mengambil alih pasukan menjelang kunjungan ke Angers dalam aksi Ligue 1 Perancis hari ini.

Tiga pemain PSG sebelum ini diuji positif Covid-19 minggu lalu iaitu bintang Brazil, Rafinha, Thilo Kehrer (Jerman) dan Colin Dagba (Perancis).

Pochettino, 48, sudah mengharungi tiga perlawanan bersama PSG, termasuk menjuarai Trofi Juara-Juara di Lens, Rabu lalu selepas mengalahkan Marseille 2-1.

Bekas pengurus Tottenham itu mengambil alih tugas daripada Thomas Tuchel dengan kontrak sehingga 30 Jun 2022 serta pilihan tambahan setahun.

Tuchel dipecat pada 24 Disember lalu walaupun berjaya membawa PSG mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.

Pochettino pernah beraksi untuk PSG dari tahun 2001 hingga 2003. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya