Pochettino hangatkan perpindahan Messi ke PSG - Utusan Malaysia

Pochettino hangatkan perpindahan Messi ke PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mauricio Pochettino berkata, semua pemain ternama, termasuk Lionel Messi sentiasa dialu-alukan ke Paris Saint-Germain (PSG) ketika menjawab soalan mengenai kemungkinan perpindahan sensasi penyerang Argentina tersebut.

Pochettino ditanya beberapa kali mengenai Messi dalam sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus PSG selepas superstar Barcelona itu kini bebas berunding dengan mana-mana kelab menjelang tamat kontrak, Jun depan.

MAURICIO POCHETTINO

“Secara jujur kami tidak membincangkan perkara itu kerana saya dalam proses menyesuaikan diri bersama kelab baharu dengan mesyuarat, latihan dan bersedia untuk aksi esoknya.

“Kami masih ada masa untuk berunding tapi kedatangan mana-mana pemain ternama dunia sentiasa dialu-alukan di PSG,” kata Pochettino yang akan bertugas buat kali pertama apabila bertandang ke Saint-Etienne dalam aksi Ligue 1, awal pagi esok.

Bulan lalu, bintang penyerang PSG, Neymar menyuarakan hasrat untuk bergandingan semula dengan Messi, bekas rakan sepasukannya di Barcelona, musim depan.

Messi seperti Pochettino berasal dari wilayah Santa Fe, Argentina.

Kelab zaman kanak-kanak Messi, Newell’s Old Boys turut menjadi kelab pertama Pochettino memulakan kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN