Pertembungan dua juara - Utusan Malaysia

Pertembungan dua juara

JOHOR Tigris (baju merah) akan berentap dengan Johor Tigris dalam saingan Kumpulan A, Piala Juara-Juara yang bermula Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara Liga Sepak Takraw (STL), Kuala Lumpur Thunder diundi bersama juara bertahan, Johor Tigris dalam Kumpulan A Piala Juara-Juara yang akan berlangsung di Iskandar Puteri bermula Ahad ini.

Dua lagi pasukan yang akan mengiringi mereka dalam ­perebutan kejuaraan ialah dua pasukan Divisyen 1, Bomba Fighters dan Putrajaya ­Cyborgs.

Saingan Kumpulan B me­nyaksikan naib juara STL, ATM Guardians diundi bersama Kelantan Warriors, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, cabaran buat Kuala Lumpur Thunder dan juara bertahan, Johor Tigris bukan mudah meskipun diundi bersama dua pasukan Divisyen 1.

Katanya, Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborgs merupakan underdog yang mampu meranapkan impian mereka.

“Kalau dilihat, saingan Kumpulan A nampak mudah buat Kuala Lumpur Thunder dan Johor Tigris tetapi Bomba serta Putrajaya sudah mula melakukan persiapan sejak dari awal lagi.

“Penang Black Panthers dalam Kumpulan B nampak sukar kerana mereka terdiri daripada pemain muda dan bakal berdepan saingan pasukan hebat seperti naib juara STL, ATM Guardians,” katanya selepas tamat majlis undian Piala Juara-Juara hari ini. 

Sementara itu, Pengurus Kuala Lumpur Thunder, Zambri Abdul Rahman percaya, saingan Piala Juara-Juara bukan mudah walaupun berada dalam kumpulan sama dengan Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborgs.

“Kami sentiasa menghormati semua tetapi tetap dengan misi memburu kejuaraan namun sama sekali tidak akan memandang rendah pasukan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya