Perak utamakan 'buatan Malaysia' - Utusan Malaysia

Perak utamakan ‘buatan Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak akan mengguna jenama tempatan sebagai pakaian sukan pasukan Liga Super mereka dalam kancah Liga Malaysia musim 2021.

Langkah itu bertujuan membantu industri pakaian tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Kita semua tahu sektor ekonomi kita terjejas akibat Covid-19, ramai hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas.

“Jika kita tidak bantu ahli perniagaan kita siapa yang akan tolong mereka,” kata pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Beliau berkata, Lembaga Pengarah Perak FC bersetuju pasukan menggunakan barangan buatan tempatan.

“Kita sedar produk tempatan juga bermutu, jadi kita mahu bantu perkenalkan produk produk orang kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Adly mendedahkan bahawa Perak sedang berunding dengan pengeluar pakaian sukan jenama Kaki Jersi (KJ).

“Kita bagi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memperkenalkan barangan mereka,” katanya.

Beliau yakin jersi yang akan dipakai Perak bagi musim ini cantik serta memenuhi citarasa pemain apabila dipakai nanti.

Katanya, majlis pelancaran jersi baharu Perak akan diadakan tidak lama lagi serentak dengan majlis memperkenalkan skuad bagi musim 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN