Perak lepas pemain demi Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Perak lepas pemain demi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC tiada masalah untuk melepaskan pemainnya bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia2023.

Pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, pihaknya tiada halangan melepaskan pemain The Bos Gaurus asalkan mereka mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya yakin sebarang keputusan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berpandu kepada kajian menyeluruh dengan mengambil kira pandangan pihak berwajib seperti MKN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Latihan dengan pendekatan kuarantin ini akan memastikan semua pemain ditempatkan dalam satu kawasan dan dikawal ketat dengan pematuhan SOP, jadi kita tidak bimbang untuk lepaskan pemain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kata Adly Shah, panggilan mewakili skuad negara memberi ruang kepada pemain Perak untuk berlatih bersama pemain pasukan lain agar dapat bersaing dengan lebih baik pada Liga Malaysia (Liga M) 2021.

“Kita akur FAM mahu membariskan pemain terbaik menghadapi kelayakan Piala Dunia dan kita yakin ia akan beri impak kepada pasukan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini memberi kebenaran kepada Harimau Malaya menjalani kem latihan berpusat secara kuarantin di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dalam masa terdekat.

Menurut Reezal, MSN mempunyai fasiliti sesuai buat skuad Tan Cheng Hoe melakukan persiapan menjelang kempen kelayakan, Mac depan.

Malaysia akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi (25 Mac) dan Vietnam diStadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Mac ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya