Messi digantung 2 perlawanan - Utusan Malaysia

Messi digantung 2 perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Lionel Messi digantung dua perlawanan ekoran layangan kad merah pertama yang diterima sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Penyerang Argentina itu menerima kad merah di hujung permainan ketika Kalah Barca tumpas 2-3 kepada Athletic Bilbao dalam final Piala Super Sepanyol apabila menampar Asier Villalibre.

Messi pernah dua kali diperintah keluar padang ketika beraksi bersama Argentina termasuk dalam Copa America 2019, namun tidak pernah menerima kad merah sepanjang 16 tahun dan 753 perlawanan bersama Barcelona.

Penggantungan tersebut diumumkan  Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Messi pernah menerima kad merah 15 tahun lalu ketika bersama Barca namun ketika itu dia beraksi bersama skuad kedua di divisyen tiga, berdasarkan pakar statistik Sepanyol, Alexis Martin Tamayo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya