Mesej buat 'semua orang baharu' - Utusan Malaysia

Mesej buat ‘semua orang baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mendedahkan kepada siapa kenyataan pedas yang dikeluarkan kelmarin ditujukan.

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebaliknya hanya berkata, ia adalah teguran buat ‘semua orang baharu’.

Kelmarin Tunku Ismail membidas pemilik kelab yang disifatkan hanya pandai bercakap sedangkan mereka belum menyumbang kepada bola sepak negara.

Kenyataan tersebut dikongsikan dalam Instagram miliknya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, individu tersebut sepatutnya fokus untuk memajukan pasukannya sendiri sebelum menyentuh tentang skuad kebangsaan.

“Orang yang ada jawatan dan baru jadi pemilik ini semua pandai bercakap. Tetapi seorang pun tak beri apa-apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak.

“Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan. Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak.

“Nak tegur pasal issue kelab ke atau gaji ke boleh. Tetapi nak tegur pasal ranking kena faham process dan system ranking dahulu.

“Nak memajukan bola sepak dan national team (skuad kebangsaan)? Simple, focus on your club. Club membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun, maka makin tinggi ranking national team.

Now duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini,” katanya.

Ketika ditanya Utusan Malaysia, apakah beliau menujukan kenyataan pedas itu kepada individu tertentu, Tunku Ismail membalas ringkas: “Semua orang baru.”

Selain itu, TMJ juga menjelaskan dengan penyertaan lebih banyak pasukan dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), secara tidak langsung akan membantu ranking skuad kebangsaan.

Katanya, saingan Liga Malaysia (Liga M) juga semakin kompetitif, malah beliau mengingatkan bola sepak bukan platform untuk mencari publisiti.

“Bola kita dah makin meningkat, skuad kebangsaan sudah menunjukkan peningkatan. Semua pasukan semakin kompetetif dan proaktif.

Ranking skuad kebangsaan perlahan-lahan akan naik. JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking skuad kebangsaan. Dulu hanya JDT sahaja dalam Kejohanan AFC. Sekarang Alhamdullilah ada Kedah dan Terengganu.

“Secara automatik ranking akan naik. Jadi yang ada-ada ini nak publisiti dan tidak tahu pasal bola… baik diam aja.

“ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan AFC Cup (Piala) mustahak kerana boleh membantu ranking. Kelab menyumbang 70 hingga 80 peratus ranking buat skuad kebangsaan,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya