Mei Kuan, Meng Yean gagal ke final - Utusan Malaysia

Mei Kuan, Meng Yean gagal ke final

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sehari selepas melakar kemenangan sensasi ke atas pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terpaksa akur masih ada jurang antara mereka dan beregu utama dunia apabila ditunjukkan jalan keluar pada separuh akhir badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok hari ini.

Gandingan yang semakin meningkat itu tumpas 14-21, 15-21 kepada pasangan No. 4 dunia dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan dalam masa 49 minit.

Bagaimanapun pencapaian Mei Kuan-Meng Yean yang menduduki ranking ke-14 dunia sepanjang di Bangkok boleh dianggap memuaskan dan memberi harapan baharu kepada Malaysia untuk mengintai tiket ke Sukan Olimpik Tokyo.

Dengan penyingkiran beregu wanita utama negara itu, tumpuan peminat badminton Malaysia hari ini terarah kepada pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan turun dalam perlawanan akhir hari ini.

Pasangan No. 3 negara, Soon Huat-Shevon bakal berdepan cabaran getir beregu No. 6 dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya