McGregor tewas di tangan Poirier - Utusan Malaysia

McGregor tewas di tangan Poirier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Turun sebagai pilihan untuk menang, Conor McGregor bagaimanapun tumpas kepada Dustin Poirier di pusingan kedua pertarungan lightweight UFC di Abu Dhabi hari ini sekaligus berjaya membalas dendam ke atas bintang Ireland itu.

Jaguh Amerika Syarikat (AS), Poirier ‘mengunci’ McGregor dengan tangan kiri dan menghumbannya ke kanvas sebelum pengadil Herb Dean menghentikan saingan dengan kiraan 2 minit 32 saat.

McGregor yang kerap mencetus kontroversi dan terkenal dengan panggilan Notorious kembali ke oktagon buat kali pertama dalam tempoh setahun.

Poirier yang menduduki ranking kedua kini mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama gelaran lightweight.

“Saya fikir ia pertarungan kecil, saya kini adalah juara.

“Saya akan kembali dan membersihkan segalanya. Itu yang akan saya lakukan,” kata Poirier selepas tamat pertarungan manakala McGregor tekad akan membalas dendam.

“Saya kecewa, terkejut. Kekalahan ini sukar ditelan. Saya akan pulang ke hotel dan menceriakan hati ini dengan keluarga,” kata McGreror. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya