Manchester United kembali 'gayat' - Utusan Malaysia

Manchester United kembali ‘gayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rembatan cantik Paul Pogba kembali melonjakkan Manchester United ke puncak Liga Perdana selepas menewaskan Fulham 2-1 hari ini.

Perebutan takhta liga berlangsung sengit dengan carta bertukar milik tiga kali dalam tempoh 24 jam.

Selepas Leicester merampas kedudukan teratas dengan mengalahkan Chelsea 2-0 semalam, Manchester City muncul pendahulu baharu apabila menang 2-0 ke atas Aston Villa pagi tadi.

Begitupun, Red Devils yang memulakan perlawanan dari tangga ketiga kembali melonjak ke kedudukan teratas selepas bangkit dari ketinggalan di Craven Cottage.

ADEMOLA Lookman meletakkan Fulham di depan pada awal permainan.

Ademola Lookman mengejutkan United apabila menewaskan penjaga gol, David de Gea untuk tuan rumah di depan seawal minit kelima.

Penyerang veteran, Edinson Cavani bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi tendangan jarak dekat pada minit ke-21.

Pogba beberapa kali yang dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford mengesahkan kemenangan United dengan melepaskan rembatan lencong yang gagal diselamatkan penjaga gol Fulham, Alphonse Areola pada minit ke 65.

EDINSON Cavani meraikan gol penyamaan Manchester United.

Persaingan di puncak Liga Perdana Inggeris amat sengit apabila United hanya dua mata mengatasi City dan Leicester, malah skuad The Citizens berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Fulham pula kini menghuni tangga ketiga tercorot, empat mata di belakang Burnley. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya