Mampukah Blues benam The Citizens? - Utusan Malaysia

Mampukah Blues benam The Citizens?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seluruh pasukan Chelsea dan Manchester City terpaksa menjalani beberapa ujian tambahan Covid-19 menjelang pertembungan dua gergasi itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge esok.

City yang mencari kemena­ngan keempat berturut-turut (semua pertandingan) bakal beraksi tanpa bintang yang masih menjalani pengasi­ngan selepas dijangkiti Covid-19 iaitu penyerang, Gabriel Jesus dan pertahanan, Kyle Walker.

Malah, aksi terakhir skuad The Citizens menentang Everton tiga hari lalu dibatalkan pada saat akhir selepas City mencatat beberapa kes baharu Covid-19.

Biarpun dibayangi isu pandemik, namun mood City lebih baik berbanding Chelsea yang gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi terakhir sehingga meletakkan pengendali mereka, Frank Lampard kini di bawah tekanan.

Kepulangan bintang tengah, Hakim Ziyech daripada kece­deraan bagaimanapun sedikit melegakan Lampard.

Ziyech terlepas enam perlawanan terakhir ketika Chelsea mengalami kemerosotan prestasi dengan hanya menang sekali daripada lima aksi mereka.

Perlawanan terakhir Blues ­berakhir dengan kekalahan 1-3 kepada Arsenal (27 Disember) dan seri 1-1 menentang Aston Villa.

Timo Werner seorang lagi pemain yang menceriakan Lampard apabila penyerang Jerman itu menerima lampu hijau untuk diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Villa.

Begitupun bek kanan Blues, Reece James berdepan masalah hamstring dan akan digantikan dengan Cesar Azpilicueta.

City pula meletakkan Ferran Torres untuk mengetuai sera­ngan, sambil dibantu trio Raheem Sterling, Kevin de Bruyne dan Bernardo Silva di bahagian tengah.

SERANGAN
Christian Pulisic diberi peluang untuk menyinar di sayap kiri, manakala Werner memainkan peranan di bahagian kanan. Penyerang muda, Tammy Abraham dijangka mengetuai jentera serangan Chelsea berbanding Olivier Giroud.

Torres akan mengetuai sera­ngan skuad bimbingan Pep Guardiola, bagaimanapun penyerang veteran, Sergio Aguero bersiap sedia untuk dibawa ma­suk sekiranya City buntu untuk mencari gol. Sterling, De Bruyne dan Silva turut menjadi senjata ampuh The Citizens.

CHRISTIAN PULISIC

TENGAH
Lampard bakal meletakkan Mason Mount, N’Golo Kante serta Mateo Kovacic untuk mencipta kreativiti di bahagian tengah dan menghalang Manchester City daripada mengatur sera­ngan. Jorginho dan Billy Gilmour menunggu giliran masuk dari bangku simpanan.

ILKAY GUNDOGAN

masih bergelut dengan kecederaan, namun tetap disenaraikan oleh City bersama Rodri. Andai keadaan tidak begitu baik, Fernandinho bersedia menggantikan pemain Jerman tersebut. Skuad The Citizens juga mempunyai Phil Foden untuk dibawa masuk pada bila-bila masa.

 

PERTAHANAN
Biarpun dibolosi empat gol dalam dua aksi terakhir, ­­Edouard Mendy sekali lagi diberi kepercayaan menjaga gawang Chelsea. Kelab London itu juga meneruskan gandi­ngan Antonio Rudiger bersama Thiago Silva mengetuai pertahanan tengah.

Ederson pula akan menjaga pintu gol City sambil dibantu John Stones dan Ruben Dias di bahagian bek tengah. Joao Cancelo hampir pasti mengisi bek kanan ekoran ketiadaan Walker.
Misi mereka adalah meng­halang Abraham.

EDOUARD MENDY
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya