Macam dah lama berada di Kedah - Anumanthan - Utusan Malaysia

Macam dah lama berada di Kedah – Anumanthan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), M. Anumanthan mengakui, rakan sepasukan melayaninya seperti sudah lama mengenali dirinya, sekali gus membuatkan dia cukup selesa sejak hari pertama menyertai pasukan.

Pemain tengah Singapura berusia 26 tahun itu yang mengisi kuota import ASEAN baharu bagi menggantikan Shakir Hamzah teruja dapat bergandingan semula dengan Aidil Sharin Sahak.

“Hari pertama saya bersama rakan sepasukan, suasana di kem Kedah cukup membantu, saya mendapat kawan baharu, pemain senior dan muda cepat mesra.

“Kedatangan saya amat dialu-alukan bersama pasukan ini. Mereka berjenaka dan ketawa bersama seperti sudah lama kenal saya.

“Kembali bersatu dengan jurulatih Aidil, saya cukup gembira. Saya berasa rendah diri dan menantikan cabaran tahun ini bersama pasukan besar seperti Kedah Darul Aman FC,” katanya.

Anumanthan yang pernah berganding dengan Aidil Sharin sewaktu di Home United, berkata sasarannya musim ini adalah cuba sebaik mungkin menghadirkan kejuaraan buat pasukan.

“Saya menanti perlawanan besar seperti  Sumbangsih bulan depan, Kedah pasukan hebat, daripada apa yang saya lihat tahun lalu, saya rasa Kedah mampu bersaing dengan mana-mana pencabar liga.

“Sasaran saya musim 2021 untuk berjuang bagi setiap kejuaraan dan juga Piala AFC, saya mahu pergi jauh kerana pernah mencapai pelbagai kejayaan bersama jurulatih Aidil sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya