Liga M3 mungkin bermula Jun - Utusan Malaysia

Liga M3 mungkin bermula Jun

YUSOFF MAHADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pasukan Liga M3 boleh menarik nafas lega selepas Liga Bola Sepak Amatur (AFL) memberi jaminan kejohanan itu akan tetap diadakan tahun ini.

Perkhabaran gembira itu memberi kelegaan buat pemain dan pasukan, namun dalam masa sama ada sedikit ‘berita buruk’ buat mereka apabila liga mungkin ditunda ke Jun.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, tarikh baharu Liga M bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19.
Ia hanya akan diumumkan selepas semua pasukan menghantar dokumen dan melengkapkan pendaftaran pada 15 ­Februari ini.

“Sebenarnya tarikh akhir penyerahkan dokumen berakhir bulan ini tetapi selepas ada beberapa pasukan minta dilanjutkan dengan alasan Covid-19.

“Kita memahami masalah dihadapi dan melanjutkan tarikh itu. Lepas beberapa hari kemudian, barulah AFL akan mengumumkan berapa pasukan yang bakal bertanding dan format pertandingan.

“Kita juga akan buat sari­ngan ketat terutama melihat kedudukan kewangan pasukan bagi mengelakkan masalah timbul seperti isu tunggakan gaji ketika liga berjalan.

“Liga tetap jalan tapi bergantung kepada keadaan semasa Covid-19, kalau situasi terlalu teruk kita buat Jun walaupun perancangan awal pada Mac.

“Kita juga kena minta kebenaran MKN (Majlis Keselamatan Negara) sebelum membuat keputusan,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

LIGA M3 musim ini tidak akan dibatalkan cuma ia mungkin bermula lewat.

Berkaitan prosedur operasi standard (SOP), ia mungkin berbeza dengan Liga Super serta Perdana kerana kebanyakan pasukan Liga M3 tidak mempunyai stadium dan bermain di kawasan terbuka.

“Kalau Liga Super dan Liga Perdana mereka sudah ada SOP dan main dekat stadium, senang untuk dikawal.

“Bagi Liga M3 mungkin SOP berbeza kerana bermain di padang terbuka dan bukan semua pasukan ada tempat seperti ­stadium mini tapi kalau mereka boleh dapatkan stadium mini lagi bagus.

“Semua pasukan akan ­menyerahkan nama venue untuk dijadikan tuan rumah dan kita akan menilainya,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kebimbangan yang disuarakan beberapa pemain dan pasukan mengenai nasib Liga M3 yang mungkin berdepan risiko dibatalkan seperti tahun lalu.

Difahamkan setakat ini hanya sembilan pasukan telah mengesahkan penyertaan, manakala baki 15 masih berkira-kira sama ada menyertai kejohanan atau tidak.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan beberapa pasukan belum bersedia dan Jun dilihat masa yang sesuai untuk melangsungkan pertan­dingan Liga M3.

“Sasaran awal nak tengok 24 pasukan bertanding tahun ini nampak macam kabur tetapi apa-apa perlu tunggu 19 ­Februari nanti dan kita akan usahakan,” katanya.
Menurut Yusoff, Liga M3 ‘wajib’ diadakan supaya sai­ngan Liga Perdana lebih kompetitif selepas tahun lalu menyaksikan dua pasukan tercorot tidak turun pangkat.

Menurut Yusoff, Liga M3 ‘wajib’ diadakan supaya sai­ngan Liga Perdana lebih kompetitif selepas tahun lalu menyaksikan dua pasukan tercorot tidak turun pangkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya