Lampard bakal dipecat? - Utusan Malaysia

Lampard bakal dipecat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tumpas 1-3 kepada Manchester City dalam perlawanan terbaharu Liga Perdana Inggeris bakal menyebabkan Frank Lampard dipecat, kata legenda bola sepak England, Alan Shearer.

City cemerlang pada babak pertama apabila meledak tiga gol menerusi Ilkay Gundogan, Phil Foden dan Kevin De Bruyne.

Ini kali pertama dalam tempoh tiga tahun Blues dibolosi tiga gol pada separuh masa, dan jaringan Callum Hudson-Odoi di waktu kecederaan gagal merubah nasib malang mereka.

Kekalahan keempat dalam enam aksi terakhir liga menyaksikan Chelsea jatuh ke tangga kelapan dengan 26 mata, tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool.

KEDUDUKAN Frank Lampard sebagai pengurus Chelsea kini dalam bahaya.

“Chelsea menunjukkan prestasi yang boleh menyebabkan pengurus mereka (Lampard) dipecat,” kata Shearer kepada PLTV.

“Jurang sangat besar pada babak pertama,” kata bekas bintang tengah Liverpool, Graeme Souness kepada Sky Sports.

“Penyerang Chelsea perlu lebih menonjol. Pada saya, mereka tidak kelihatan seperti bersaing. Untuk kembali dalam persaingan, mereka perlu keajaiban.

“Chelsea mengejutkan saya. Tiada asakan, tiada aksi agresif,” kata legenda Manchester United, Roy Keane kepada Sky Sports.

Sementara itu, Lampard mengakui Chelsea mendapat ‘pengajaran serius’ tetapi menegaskan penyokong mereka perlu bersabar ketika dia berusaha membina pasukan lebih kuat.

Skuad Pep Guardiola yang kehilangan beberapa pemain akibat Covid-19 masih mampu menguasai permainan, malah Blues hanya mampu melakukan dua percubaan tepat ke gawang lawan.

“Dalam tempoh 10 minit pertama, kami bagus tetapi selepas itu pemain gagal kekalkan momentum dan kami melepaskan dua gol mudah.

“Kami kemudian gagal bertindak balas seperti saya mahu,” kata Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya