Kian Meng-Pei Jing kandas di Thailand - Utusan Malaysia

Kian Meng-Pei Jing kandas di Thailand

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nasib malang terus menimpa pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas mereka terkandas di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Thailand, sebentar tadi.

Dalam aksi berstatus Siri Jelajah Dunia Super 1,000 bernilai AS$1 juta (RM4.04 juta) itu menyaksikan mereka tewas kepada pilihan ketujuh kejohanan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-14, 15-21, 19-21.

Saingan minggu lalu, pasangan negara itu terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan tidak ternama dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki, Liew Daren berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas pemain India, B. Sai Praneeth menarik diri selepas disahkan positif Covid-19.

Dalam perkembangan sama, pasangan beregu wanita No.1 negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan turun beraksi menentang Rachel Honderich-Kristen Tsai di sebelah petang selain Pearly Tan-M. Thinaah yang akan berdepan cabaran pilihan keenam dari Korea Selatan, Chang Ye Na-Kim Hye Rin.

Sementara itu, pasangan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan berdepan cabaran B.Sumeeth Reddy-N.Sikki Reddy bagi mencari slot ke pusingan kedua.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya