Kelab kerdil malukan Bayern - Utusan Malaysia

Kelab kerdil malukan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Ketua Jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick hilang kata-kata melihat juara bertahan itu disingkirkan kelab divisyen dua, Holstein Kiel dalam Piala Jerman pagi tadi.

Perlawanan berakhir dengan Kiel memenangi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Holstein-Stadion.

“Ia sangat mengejutkan. Kami amat kecewa.

“Lebih mengecewakan, kami melepaskan gol yang membenarkan lawan menyamakan kedudukan 2-2 di masa kecederaan. Tahniah Kiel.

“Kami kena melupakan kekalahan ini dan bangkit dengan lebih baik,” kata Flick kepada Sky selepas tamat aksi pusingan kedua itu.

PEMAIN Holstein Kiel meraikan kejayaan menewaskan Bayern Munich.

Penyerang Bayern, Thomas Mueller pula menyifatkan kekalahan itu sebagai amat ‘kejam’.

Ini kali pertama Bayern disingkirkan oleh kelab liga bawahan sejak tewas kepada pasukan divisyen empat, Magdeburg pada musim 2000/01.

Ia juga kali pertama juara Eropah itu tersingkir daripada saingan sejak Flick mengambil alih tugas jurulatih pada November 2019.

Bayern mendahului 2-1 menerusi gol Serge Gnabry dan Leroy Sane sebelum kapten Kiel, Hauke Wahl menyumbat gol penyamaan minit ke-95 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Ia mungkin nampak bodoh apabila kalah kepada pasukan bukan pilihan tetapi nasib nyata tidak menyebelahi kami,” kata Mueller. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya