Kejohanan Golf Amatur Terbuka Bridgestone Asean tutup tirai - Utusan Malaysia

Kejohanan Golf Amatur Terbuka Bridgestone Asean tutup tirai

Juara-juara Kejohanan Golf Terbuka Bridgestone Asean 2020 yang menutup tirai di A'Famosa Golf Resort di Melaka minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kejohanan Golf Amatur Terbuka Bridgestone Asean menutup tirai musim 2020 di Melaka minggu lalu dalam suasana suram susulan  pandemik Covid-19.

Hanya tujuh pusingan mampu dianjurkan bermula di lapangan IOI Palm Villa, Johor pada September lalu dan berakhir minggu lalu di A’Famosa Golf Resort, Melaka selepas ditunda beberapa kali sejak April 2020.

Pengarah Urusan Prestige Golf Sdn Bhd selaku penganjur kejohanan, K. Vasudevan berkata, walaupun terhimpit dengan pandemik Covid-19 pihaknya berupaya menganjur tujuh pusingan membabitkan beberapa lapangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka dengan hampir 700 pemain menyertai satu-satunya kejohanan golf amatur terbesar yang masih relevan dalam negara.

Dalam tiga edisi lalu, kejohanan ini menawarkan juara bagi setiap pusingan bertanding dalam penentuan Juara antara Juara di luar negara, namun bagi edisi kali ini semuanya terpaksa dibatalkan akibat arahan tidak boleh merentas sempadan.

Pada pusingan terakhir di lapangan A’Famosa Golf Resort, Melaka minggu lalu, Suffian Mohd. Yusof muncul juara keseluruhan Gross dengan mencatat 75 pukulan 3 atas par manakala AB Aziz Toha muncul juara Nett dengan mengumpul 40 mata.

Sementara itu, di lapangan Bukit Beruntong, Selangor pula menyaksikan Mohd. Syah Syarizal menggunguli kategori Gross dengan catatan 70 pukulan 2 bawah par. Juara Nett pula menjadi milik Mohd. Adnan.

Menurut Nordin Yahya selaku Pengurus Acara bagi tiga lapangan untuk kejohanan ini, ia satu pengalaman yang agak mencabar kerana perlu memastikan setiap pemain mematuhi SOP oleh kerajaan dan MGA (Malaysia Golf Association).

“Sambutan amat baik namun kita terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan berdasarkan SOP dan keupayaan serta fasiliti yang ada di lapangan golf berkenaan,” tegas Nordin

Kejohanan Amatur Terbuka Bridgestone ASEAN bagi musim 2020 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya set peralatan golf jenama Bridgestone bernilai RM16,500, Bridgestone driver JGR RM2,990 untuk hadiah ‘hole in one’, Jam tangan Titoni bernilai RM5,550 serta beberapa hadiah lain yang nilai keseluruhannya mencecah sehingga RM30,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya