Kapten Scott pastikan United selamat - Utusan Malaysia

Kapten Scott pastikan United selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Scott McTominay menggalas tugas kapten dengan sempurna apabila muncul penyelamat Manchester United dengan meledak gol tunggal ketika menyingkirkan Watford 1-0 pada pusingan ketiga Piala FA pagi tadi.

Pengendali Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer melakukan sembilan pertukaran terhadap pasukannya yang boleh merampas takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris Rabu ini jika mengalahkan Burnley.

Tuan rumah bermula baik di Old Trafford, apabila McTominay yang memakai lilitan kapten buat kali pertama meledak gol pembukaan seawal minit kelima.

Pemain Scotland itu yang menjaringkan dua ketika berdepan Leeds baru-baru ini, menanduk hantaran Alex Telles ke penjuru gawang.

Bagaimanapun separuh masa kedua amat membosankan apabila tiada percubaan menarik dilakukan kedua-dua pasukan.

“Perkara paling penting dalam perebutan piala adalah meneruskan kemaraan, jadi persembahan terbaik kami dalam tempoh 15 hingga 20 minit terakhir sudah memadai.

“Secara keseluruhan kami bermain baik, mencipta peluang, membiarkan lawan kembali dalam perlawanan tetapi kami tetap mara,” kata Solskjaer kepada BBC. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya