Juventus mahu Giroud - Utusan Malaysia

Juventus mahu Giroud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Pengendali Juventus, Andrea Pirlo menyifatkan penyerang Chelsea, Olivier Giroud mampu menjadi pemain berguna untuk dibawa masuk ke kelab gergasi Itali itu dalam jendela perpindahan bulan ini.

Pirlo yang gembira pasukannya menang 4-1 ke atas Udinese dalam saingan Serie A semalam tidak menafikan desas-desus Juve berminat mendapatkan penyerang Perancis itu, malah mengesahkan Giroud berada dalam radar mereka.

Giroud, 34, sekali lagi dikaitkan untuk meninggalkan Chelsea selepas hanya memulakan enam perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

“Giroud? Kami yakin mampu memanfaatkannya, namun perkara ini perlu merujuk kepada Pengarah Sukan, Fabio Paratici kerana beliau lebih arif.

“Kami akan berbincang dalam masa terdekat. Mungkin ada perubahan perlu dilakukan dalam beberapa hari ini,” ujar Pirlo selepas perlawanan.

Semua jaringan Juventus dalam aksi semalam disumbat Cristiano Ronaldo pada minit ke-31 dan 70, Federico Chiesa (m49) dan Paulo Dybala (m90).

Dua jaringan tersebut membolehkan Ronaldo mengumpul 758 gol, sekali gus memintas catatan legenda Brazil, Pele (757) untuk muncul penjaring gol kedua terbanyak sepanjang zaman.

Kemenangan menyaksikan Juventus menduduki tangga kelima Serie A dengan 10 mata di belakang pendahulu, AC Milan, namun memiliki kelebihan satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN