Juventus juara Piala Super Itali - Utusan Malaysia

Juventus juara Piala Super Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REGGIO EMILIA, Itali: Andrea Pirlo merangkul kejuaraan pertamanya selaku pengendali Juventus selepas pasukan itu menundukkan Napoli 2-0 dalam Piala Super Itali hari ini.

Jaringan ke-760 Cristiano Ronaldo buat kelab dan negara meletakkan Juventus di depan pada minit ke-65.

Kapten Napoli, Lorenzo Insigne gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum Alvaro Morata memastikan kemenangan 2-0 Juventus dalam masa kecederaan.

Ia bukanlah aksi sempurna buat Juventus, namun kemenangan di Stadium Mapei itu sekurang-kurangnya menaikkan kembali moral pasukan selepas tewas 2-0 kepada Inter Milan, Isnin lalu.

CRISTIANO Ronaldo muncul Pemain Terbaik Perlawanan.

Juventus memenangi trofi tahunan yang menjadi rebutan di antara juara bertahan, Serie A dan Piala Itali buat kali kesembilan selepas tewas kepada Lazio tahun lalu.

Pirlo pula memenangi trofi pertama lima bulan selepas membimbing kelab lamanya.

Ia pertemuan pertama antara Pirlo dan pengendali Napoli, Gennaro Gattuso, rakan sepasukannya ketika Itali memenangi Piala Dunia 2006.

Kedua-dua mereka juga beraksi bersama selama hampir sedekad di AC Milan, malah  mengumpul dua kejuaraan Serie A dan dua trofi Liga Juara-Juara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya