JDT boleh beraksi dalam ACL - Utusan Malaysia

JDT boleh beraksi dalam ACL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega selepas Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan kelab itu ‘lulus’ bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Pertandingan hari ini.

“Jawatankuasa pertandingan dan Exco sudah luluskan permohonan JDT. Ya, (mereka akan bertanding untuk edisi tahun ini).

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor dan sokongan Kerajaan yang telah memberi surat dan sebagainya,” kata Windsor kepada Utusan Malaysia hari ini.

WINDSOR PAUL JOHN

Pada 11 November lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara ekoran pandemik Covid-19

Dakwaan penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dipertikai beberapa pihak kerana ia dianggap tidak adil buat Harimau Selatan selain ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai mangsa keadaan.

Undian ACL 2021 akan berlangsung Rabu ini dengan skuad Harimau Selatan diletakkan dalam balang tiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya