Irfan melangkah ke 2021 dengan dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Irfan melangkah ke 2021 dengan dijangkiti Covid-19

MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memulakan Tahun Baharu 2021 tidak seperti yang diharapkan apabila disahkan positif Covid-19.

Dalam perkongsian di Instagram miliknya, irfan_sham, pemegang rekod kebangsaan itu yang kini berpangkalan di Leipzig, Jerman berkata, dia berasa tidak sihat sejak Selasa lalu.

“Selasa lalu badan rasa tak sedap. Alang-alang insurans dekat sini ada perlindungan ujian swab (calitan) corona (Covid-19), jadi saya buatlah ujian.

“Semalam (kelmarin) keputusan keluar positif,” kata atlet yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Sebelum ini, atlet baling tukul besi negara Jackie Wong Siew Cheer disahkan positif Covid-19 pada Mac lalu dan kini pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan di Hospital Sibu, Sarawak.

Muhammad Irfan adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 62.55 meter (m) yang dilakar pada kejohanan olahraga Austrian Top Meeting 2017.

Dia turut mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali keempat berturut-turut sejak edisi 2013 di Myanmar selepas melakar balingan sejauh 57.29m meter pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Irfan yang kini menjalani proses kuarantin berkata, situasi di Jerman jauh berbeza berbanding di Malaysia yang disifatkannya lebih baik.

“Dekat sini kalau positif kena kuarantin sendiri dekat rumah. Kalau dah nak mati baru boleh pergi hospital. Beruntunglah siapa yang kena Covid dekat Malaysia. Positif je terus ambulans datang angkut walaupun korang rasa OK,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya