'Ini pengajaran paling pahit' - Utusan Malaysia

‘Ini pengajaran paling pahit’

LEE ZII JIA (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia terpaksa menerima kekalahan memalukan kepada Sameer Verma di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Thailand, hari ini.

Dia yang juga pilihan kelapan kejohanan bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-18 namun terpaksa menelan kepahitan selepas membenarkan Sameer menang 27-25 pada set kedua selepas mendahului permainan 17-6 sebelum tewas 19-21 pada set penentuan.

Pencapaian itu merupakan yang terburuk buat dirinya selepas berjaya ke suku akhir kejohanan Terbuka Thailand pertama, minggu lalu.

“Sameer bermain dengan baik hari ini dan saya menerima pelajaran ‘paling pahit dalam set kedua. Memang sangat mengecewakan apabila tewas seperti ini.

“Saya akan membuat penilaian semula bersama jurulatih (Hendrawan) mengenai prestasi saya dan beharap dapat bangkit dengan aksi lebih meyakinkan selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah turut terkandas di pusingan pertama kejohanan berstatus Siri Jelajah Dunia Super 1,000 bernilai AS$1 juta (RM4.04 juta) itu selepas tewas kepada Sung Ji Hyun 9-21, 14-21.

Bagaimanapun, pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua selepas menang 21-12, 21-15 ke atas Ronan Labar-Anne Trans dari Perancis selain Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang menewaskan Nipitphon Phuangphuet-Tanupat Virijangkura 19-21, 21-13, 21-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya