Habuan RM54.82j menanti Logan Paul - Utusan Malaysia

Habuan RM54.82j menanti Logan Paul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Logan Paul bakal meraih 10 juta pound (RM54.82 juta) daripada pertarungan
pertunjukan menentang Floyd Mayweather atau 50 kali ganda berbanding aksi pertama sebelum ini.

Bintang media sosial itu yang tewas dalam perlawanan pertamanya menentang petinju profesional, akan bertemu legenda yang sudah bersara, Mayweather pada 20 Februari ini.

Laporan awal menyatakan Paul akan meraih 200,000 pound (RM1.09 juta) dengan tambahan hasil jualan tiket pertarungan dalam talian, manakala Mayweather pula membawa pulang 10 juta pound (RM54.82 juta).

“Siapa melaporkan berita ini? 200,000 pound (RM1.09 juta) untuk menentang petinju terhebat sepanjang zaman?

“Semua orang tahu nilai pertarungan ini. Semua tahu apa yang menyebabkan Floyd bersetuju dengan pertembungan ini.

“Apa yang boleh saya katakan, jangkaan anda semua jauh meleset dan kamu tidak tahu jumlah sebenar.

“Saya mungkin akan bertarung secara percuma. Ini adalah peluang ikonik dan satu legasi luar biasa untuk saya.

“Tetapi saya tidak lakukan secara percuma,” kata Paul.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya