GBX eSports layak ke final Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

GBX eSports layak ke final Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan sukan elektronik FIFA21, GBX eSports Team menjadi wakil pertama dari Malaysia layak ke peringkat akhir Kejohanan Dunia yang diiktiraf badan bola sepak antarabangsa, FIFA.

Kejayaan itu hadir selepas mereka muncul juara keseluruhan minggu terakhir Piala Dunia FIFAe Club Zon 2 Divisyen 1 dengan menewaskan pasukan Jepun, Singapura, Hong Kong dan Malaysia yang lain.

“Kami ingin membuktikan bahawa pasukan dari Malaysia mampu mendominasi sukan elektronik FIFA khususnya di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan menjuarai Zon 2 Divisyen 1 ini adalah kejayaan bersama yang kami ingin kongsikan kepada semua peminat,” kata pengurus pasukan GBX, Aris Danial.

GBX Esports Team turut mengiringi dua pasukan dari Jepun untuk mewakili Zon 2 iaitu Zon Asia.

Pasukan GBX diwakili dua pemain ternama FIFA21 tanah air iaitu Luqman “LuqmanHzq” Haziq dan Ahmad “Ayen” Shahrin.

Kejohanan itu menjadi rebutan kelab sukan elektronik dari serata dunia dan seterusya memberikan mata tambahan bagi melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia FIFAe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya