Ferguson buat Rashford 'kecewa besar' - Utusan Malaysia

Ferguson buat Rashford ‘kecewa besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Marcus Rashford mengakui kegagalan bermain di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson adalah satu-satunya kekecewaannya dalam bola sepak.

Penampilan pertama penyerang England itu bersama United adalah ketika berusia 18 tahun pada 2016, tiga tahun selepas Ferguson bersara sebagai pengurus di Old Trafford.

Rashford menyertai akademi United sejak berusia tujuh tahun, ketika Ferguson mengecapi kejayaan bersama skuad senior namun dia tidak berpeluang untuk berkerjasama dengan pengendali kelahiran Scotland itu.

Begitupun, bekas pengurus United itu pernah bercakap kepada Rashford secara peribadi dan penyerang itu menyifatkan ia sebagai pengalaman yang manis dalam karier.

“Bagi saya, itu adalah pengalaman yang sukar dipercayai.

“Mungkin satu-satunya penyesalan yang pernah saya lalui dalam karier saya adalah tidak pernah berpeluang bermain di bawah Sir Alex. Ini sesuatu yang tidak akan berlaku sekarang.

“Bercakap dengan dia selama 10, 15 minit sangat mengagumkan,” kata Rashford ketika bercakap mengenai Ferguson selepas menerima anugerah Penghormatan Persatuan Penulis Bola Sepak hasil kempennya untuk mengakhiri kemiskinan kanak-kanak di United Kingdom.

Selain itu, Rashford turut berkesempatan bermain bersama pencetak gol terbanyak United, Wayne Rooney dan dia memuji bekas kapten England tersebut.

“Saya dan Wayne adalah pemain yang berbeza, kami bermain jauh berbeza di atas padang. Dialah yang saya anggap sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Anda boleh meletakkannya di mana saja di padang dan dia mengetahui apa yang perlu dilakukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya